Critans Building Services | Pakar Pengesan Kebocoran Tepat & Efektif
⚠️ Elakkan Pembayaran Kos Tersembunyi!

Mengapa Masalah Bocor Berulang Walaupun Telah,Dibaiki ?
Kerana 90% Kontraktor Hanya Membuat"Andaian Tanpa Data".

Hentikan pembaziran wang anda. Kami menggunakan Teknologi Pengimejan Terma (Thermal Imaging) untuk mengesan punca kebocoran dengan tepat. Diagnosis yang betul, penyelesaian kekal.

Pilihan Utama 500+ Pemilik Kediaman di KL/Selangor

Adakah Anda Menghadapi Situasi Rumit Ini?

Telah memanggil kontraktor untuk membaiki, namun dua bulan kemudian kebocoran berlaku semula.

💸

Pembaziran Kos Berterusan

Baiki di sini, bocor di sana. Kontraktor menjamin masalah selesai, namun kos semakin meningkat manakala air masih menitik.

🤷‍♂️

Tiada Akauntabiliti

Tukang paip menyalahkan tukang simen, dan sebaliknya. Apabila masalah berulang, pihak kontraktor sukar dihubungi atau lepas tangan.

🔨

Kerosakan Harta Benda

Jubin dinding dipecahkan tanpa mengetahui punca sebenar. Rumah berhabuk dan rosak, namun kebocoran masih gagal dikesan.

Mengapa Memilih Kami?

Buat Pilihan Bijak: Kaedah Konvensional vs Analisis Berdasarkan Data

90% Kontraktor Biasa

Berdasarkan Andaian

  • Sebut Harga Tanpa Analisa

    Tiada peralatan khas. Hanya melihat kesan air dengan mata kasar dan memberi anggaran harga yang tidak tepat.

  • Penyelesaian Sementara

    Menggunakan gam atau silikon secara berlebihan sebagai jalan penyelesaian pantas, namun tidak tahan lama.

  • Proses Tidak Telus

    Anda tidak dimaklumkan tentang bahan yang digunakan atau lapisan kalis air yang sebenar.

  • Khidmat Selepas Jualan Lemah

    Apabila masalah berulang, kontraktor sukar dihubungi atau mengelak tanggungjawab.

Kaedah Profesional Critans

Data & Fakta Tepat

  • Diagnosis Tepat Sebelum Sebut Harga

    Kami tidak membuat tekaan. Punca sebenar wajib dikenal pasti sebelum harga diberikan.

  • Teknologi Pengimejan Terma

    Melihat terus ke dalam dinding seperti X-Ray. Warna biru menunjukkan laluan air yang tidak kelihatan pada mata kasar.

  • Laporan Langsung (WhatsApp)

    Kumpulan WhatsApp disediakan untuk laporan bergambar setiap langkah kerja demi ketelusan penuh.

  • Jaminan & Sekuriti Bayaran

    Baki bayaran 10% boleh ditahan sehingga anda berpuas hati tiada lagi kebocoran selepas tempoh pemantauan.

Lihat Dengan Mata Anda Sendiri

Normal View
Pandangan Mata Kasar

"Eh bos, nampak kering je dinding ni. Mungkin cat terkupas biasa saja."

Mata Kasar

❌ Apa Yang Kontraktor Biasa Lihat

Thermal View
Dikesan! Punca Bocor Di Sini!
SASARAN DIKENAL PASTI
Pandangan Thermal

✅ Pandangan Teknologi Critans

Dengan teknologi ini, dinding anda tidak perlu dipecahkan sewenang-wenangnya. Kami tahu lokasi tepat paip yang bocor. Jimat wang, jimat masa, dan mengurangkan tekanan anda.

Elakkan Menjadi Mangsa Seterusnya 🛡️

Lihat apa kata pelanggan kami di KL & Selangor:

AR

En. Azrul

Subang Jaya

"Sebelum ini saya panggil kontraktor biasa, tandas habis dipecahkan tetapi masih bocor. Sangat tertekan. Apabila jumpa pasukan Critans, mereka imbas sekejap terus dapat kesan paip pecah dalam dinding. Hanya pecahkan 2 keping jubin, masalah selesai. Sangat Profesional."

KS

Kak Siti

Cheras

"Balkoni bocor hingga masuk ruang tamu, sofa basah teruk. Ingatkan kena pecah lantai yang menelan kos tinggi. Nasib baik mereka cadangkan PU Injection. Tiada habuk, sehari siap. Servis terbaik!"

RM

En. Rahman

Puchong

"Tukang paip lama suruh tukar keseluruhan paip rumah dengan kos RM15k. Tidak masuk akal. Critans datang periksa dan dapati hanya satu penyambung longgar. Kemas kini WhatsApp sangat konsisten dan telus. Menjimatkan banyak wang saya. Terima kasih!"

WhatsApp Sekarang

⚠️ Slot harian adalah terhad, tempah awal untuk elak kekecewaan.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah terdapat caj pemeriksaan?

Ya, terdapat sedikit Caj Profesional untuk lawatan tapak. Ini kerana kami membawa peralatan canggih dan jurutera bertauliah, bukan sekadar melihat dengan mata kasar. Namun, jika anda bersetuju untuk membaiki dengan kami, caj ini akan DITOLAK daripada jumlah keseluruhan bil.

Perlukah jubin dipecahkan?

Tidak semestinya. Sebab itulah pemeriksaan awal penting. Jika retak struktur, mungkin PU Injection sudah memadai. Jika paip pecah, kami akan kenal pasti lokasi tepat dan hanya memecahkan bahagian yang perlu sahaja. Jangan risau, kami akan menjaga struktur rumah anda.

Adakah jaminan (Warranty) disediakan?

Pasti ada! Kami menyediakan Jaminan 365 Hari (Bertulis). Sekiranya berlaku kebocoran di tempat yang sama, kami akan membaikinya secara PERCUMA termasuk bahan. Kami mempunyai pejabat tetap dan beroperasi secara profesional.